Ahad, 17 Februari 2019

Sekian Lama

Duhai diriku,

Sekian lama aku tidak membuka blog ini. Sekian lama aku tidak menulis di blog ini. Blog yang telah kucipta sejak aku sekolah menengah.

Alhamdulillah, Allah telah menggerakkan hati kecil ku untuk kembali menulis.

'Ananabilah' ku cipta untuk dijadikan sebagai tempat luahan perasaanku. Blog yang tidak ringkas ini menjadi diari hatiku. Tempat aku meluahkan segala rasa, segala yang tersimpan di hati.

Alhamdulillah, meskipun pembacaku tidaklah seramai dan sepopular seperti blogger yang lain, namun aku tetap bersyukur kerana masih ada hamba Allah yang sudi membacanya. Terima kasih semua. Akan ku titipkan doa buat kalian.

Aku rasa sampai disini saja luahan hatiku pada kali ni. InsyaAllah, jika diberikan ruang dan kesempatan akan ku kembali ke sini.Selamat tinggal duhai rakan-rakan pembacaku. Semoga kita berjumpa suatu hari nanti, insyaAllah.

p/s: Allah had planned everything for you. If something bad happened, it happened for a reason. Just gi with His flow. Do not lost trust.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan