Jumaat, 22 Februari 2019

tentang cinta

Asalamualaikum, duhai hatiku...

Cinta...
Satu perkataan yang amat susah diungkap
Namun dapat dirasa
Tidak mudah di zahirkan
Tetapi mampu membuatkan jiwa
Yang dahulunya tenang
Menjadi tidak menentu

Orang kata
Cinta tidak semestinya memiliki
Cukup melihatnya bahagia
Maka diri yang mencintai
Turut merasa bahagia
Kerana kita pasti mahukan yang terbaik
Buat orang yang kita cintai

Jatuh cinta itu tidak mudah
Mungkin memerlukan masa yang lama
Untuk mula mengerti apa itu cinta
Bermacam perasaan yang bakal hadir saat kita jatuh cinta
Sayang rindu sedih cemburu dan bermacam lagi

Namun
Kita tidak bisa lari dari cinta
Kerana sudah menjadi lumrah manusia
Diciptakan berpasang-pasangan


Jika kita bersedia untuk jatuh cinta
Kita perlu bersedia untuk melepaskannya
Kerana dia adalah pemberian Maha Pencipta
Dari mana ia hadir
Di situ jua ia kembali

Tiada ulasan:

Catat Ulasan